Bleu de Gex
Bleu de Gex

Bleu de Gex

Bleu de Gex (juga Bleu du Haut-Jura atau Bleu de Septmoncel) merupakan sejenis keju biru yang separuh lembut dan berkrim yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur. Keju ini dihasilkan di kawasan Jura, Perancis.[2] Ia telah dihasilkan sejak abad ke-13 lagi oleh oleh para rahib di biara Saint-Claude. Semasa keju ini dibuat, kulapuk Penicillium glaucum telah dimasukkan dan ia dibiarkan dibungkus secara longgar. Ia kemudiannya dibiarkan mengalami proses penuaan sekurang-kurangnya selama tiga minggu.[3]

Bleu de Gex

Negara asal  Perancis
Sumber susu Lembu
Tekstur Tebal dan berkrim[1]
Kawasan Jura
Nama lain Bleu de Haut-Jura, Bleu de Septmoncel